KUALA KANGSAR: Penamaan laluan 'Jalan Tun Dr S.Samy Vellu' di sempadan Kinta-Kuala Kangsar dan berakhir di persimpangan Taman Makmur, Sungai Siput adalah sebagai menghargai jasa mendiang Samy Vellu.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) Zulqarnain Mohamad berkata penamaan laluan sepanjang 9.3 kilometer (km) tersebut adalah wajar mengenangkan sumbangan dan bakti mendiang kepada rakyat dan kawasan tersebut.
"Ia (penamaan jalan) memang sesuai kerana Tun (Samy Vellu) pernah mewakili (Parlimen) Sungai Siput dalam satu tempoh yang panjang dan juga seorang menteri kanan dalam Kabinet," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Penuh Ahli-Ahli Majlis Bil 2/2023 MPKK di sini hari ini.
Dilaporkan menurut pewartaan Persekutuan, sebatang jalan menghubungkan Ipoh-Butterworth dinamakan sempena bekas menteri kerja raya itu.
Laluan tersebut bermula di sempadan Kinta-Kuala Kangsar dan berakhir di persimpangan Taman Makmur di Sungai Siput.
Samy Vellu adalah Ahli Parlimen Sungai Siput dari 1974 hingga 2008 dan dilantik sebagai menteri kerja raya dari 1979 hingga 1989.
Beliau kemudian menjadi menteri tenaga, komunikasi dan pos dari 1989 hingga 1995 sebelum sekali lagi dilantik menteri kerja raya dari 1995 hingga 2008.
Beliau yang juga bekas Presiden MIC meninggal dunia pada September lepas pada usia 86 tahun.
Dalam perkembangan lain, Zulqarnain berkata MPKK sedang bergiat aktif dalam memastikan Tahun Melawat Perak 2024 berjalan lancar.
"Kita bekerjasama dengan beberapa agensi seperti Malayan Historical Group iaitu dengan memasang papan tanda informasi di beberapa kawasan sejarah seperti Jambatan Victoria dan Jambatan Iskandar.
"MPKK berada dalam pelan tindakan dan penjenamaan pelancongan Greater Ipoh yang meliputi empat kawasan iaitu MPKK, Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG), Majlis Daerah Kampar (MDKpr) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagai sebuah kluster dan sebuah lagi kluster ekopelancongan bersama daerah Lenggong, Pengkalan Hulu dan Gerik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023
Penamaan laluan sepanjang 9.3 kilometer (km) tersebut adalah wajar mengenangkan sumbangan dan bakti mendiang kepada rakyat dan kawasan tersebut. - Gambar fail
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
'Tun Samy Vellu mentor saya sejak di bangku sekolah' - Saravanan
Figura bernama Tun S Samy Vellu tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana pemimpin lain kerana sumbangan mendiang yang amat besar kepada masyarakat dan negara.
Wanita dakwa isteri Samy Vellu gagal kali kedua untuk jadi pencelah
Hakim Mahkamah Tinggi Wong Chee Lin menolak permohonan kedua wanita itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
Samy Vellu sedang terima rawatan di IJN
Samy Vellu, 82, akan diletakkan di bawah pengawasan doktor selama beberapa hari sehingga keadaan kesihatanya kembali pulih.
Tun Mahathir mampu pimpin Malaysia ke arah masa depan lebih cemerlang - Samy Vellu
Samy Vellu pernah berkhidmat sebagai menteri di bawah kepimpinan terdahulu Dr Mahathir dari 1981 hingga 2003.
Palanivel dianggap bukan lagi ahli MIC - Subramaniam
Mesyuarat khas MIC hari ini meluluskan resolusi bahawa presiden parti Datuk Seri G. Palanivel bukan lagi ahli parti itu.
PRK: 'Kritikan Tun M macam ceramah percuma untuk Pakatan Rakyat' - Soi Lek
Kritikan Dr Mahathir kepada Najib akhir-akhir ini diibarat ceramah percuma untuk menarik pengundi menyokong calon Pakatan Rakyat pada PRK Permatang Pauh dan Rompin.
Samy Vellu enggan komen pemilihan jawatan tertinggi MIC
Bekas presiden paling lama MIC itu berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada anggota dan pemimpin parti untuk membuat keputusan.
Samy Vellu: Tiada siapa boleh kata bila saya patut bersara
Bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata tiada siapa yang mempunyai hak untuk memberitahu bila beliau sepatutnya bersara.
Jangan babitkan saya dalam perebutan jawatan MIC, kata Samy Vellu
Datuk Seri S. Samy Vellu mengingatkan mereka yang mahu bertanding pada pemilihan parti agar tidak membabitkan beliau dalam perebutan itu.